► SCM Music Player ▼

Ahad, 27 Julai 2014

Perginya Ramadhan.. Datangnya Syawal.....


 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Apa khabar? Sihat? Alhamdulillah.. Sempena hari raya ni, Fatini nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir & Batin dari Fatini Sekeluarga. Sebelum tu, Fatini nak minta maaf jika tersalah kata atau tidak sengaja ataupun sengaja menguriskan perasaan anda. Jika ada yang terkurang dari apa yang Fatini tulis di blog ini membuatkan anda rasa marah atau selainnya, maafkan ye? Kita kosong kosong, tau? heheh.. 
      Baiklah, Fatini nak tanya sikit. Tahun ni, baju raya korang warna apa? Mesti cantikkan? Meriah punya lah. hehehe.. Korang raya kat mana pulak?? Mesti ada yang sedih sebab sesetengah family tak dapat balik kampung sbb ada urusan kerja atau apa apa, kan? hmm.. Apa apa pu, baju raya Fatini warna ungu biru.. Bagi warna warni sikit. hahaha. Fatini tahun ni raya kat kampung lah. Tapi raya pertama baru balik. Tapi en en.. Fatini sedih.. Sebab? Raya kedua nanti, Fatini dah kene balik rumah.. perghh, puasa dengan raya tahun ni, tak seronoklah. betul.. Abang2 Fatini pulak, untunglah diorang dapat raya kat kapung lagi.. Raya ketiga atau keempat baru balik rumah.. k, sedihh.. Kalau tak sbb ayah Fatini dah start kerja, nak je Fatini dok kampung smpai bukak cuti sekolah ni.. Tapi tak boleh..
      Tapi, raya tahun ni jangan sampai lupa diri pulak. Yelah, nanti korang main mercun bukannya ingat dunia.. Nanti adalah yang raya kat hospital sebab mercun.. Ingat sikitlah.. nak main tu memang boleh, tapi kene ingat keselamatan diri tu.. Jangan sampai terkena tangan semua tu.. Hahaha.. Kalau nak main, main mercun pop pop tu.. Selamat ~ hahaha.. 
      Ha.. Fatini nak ingatkan yang Batch 99 tu. Raya tu jangan lupa, lepas cuti seminggu ni, kita ada ujian lisan untuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris iaitu, ujian mendengar dan bertutur. Bak kata pengetua sekolah Fatini, kalau nak raya, tunggu exam Pt3 habis dulu, pastu baru boleh enjoy.. Katanya~ hahaha.. Apa apa pun, Fatini nak wish luck for batch pt3 ye. Dan, selamat hari raya.. wasalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan