► SCM Music Player ▼

Khamis, 31 Disember 2015

Goodbye 2015... Welcome 2016!!!!!!


          Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


          Yeayyy!!! Happy New Year 2016, guys!! *clap hands like kids*  
          But the way, apa azam korang tahun baru ni? Yang azam tahun lepas tu... Dah capai ke belum? *angkat kening* Hahahaha. Azam aku tahun ni tak banyak, just harap SPM tahun ni aku boleh belajar sungguh-sungguh & tak malas macam tahun sebelum ni. Hmm.. rasa kejap je kan 2015 ni, lepas tu tup tup dah lompat tahun 2016. Waaahhhh macam tak percaya je semua ni. Jadi, sila-sila lah lupakan tentang mood bercuti anda semua ye? Dan sila-sila lah ingat pasal sekolah ye? Kena iron baju, tudung kain, seluar, kena siapkan homework, kena bangun awal pagi, kena duduk sekolah sampai petang, kena pergi kelas tambahan dan...... sewaktu dengannya. Wuahahahahaha.. What a nice day..
          Ni nak tanya, barang dan pakaian sekolah dah beli ke belum? Lencana dengan nama dah jahit belum? Yang nak masuk alam persekolahan menengah, ni kakak *takyah nak kakak sangat hahaha* nak ucap selamat datang ke alam baru. Rajin-rajinlah belajar ye.. Jangan nakal-nakal. Ingat sikit, awak-awak tu dah besar. Dah masuk form 1 dah pun.. Yang result UPSR cun-cun gila tu, akak nak ucap tahniah. PT3 pun jugak, yang result cantik tahniah. Yang keputusan kecewa utk UPSR, takpe. Pt3 ada lagi. SPM pun ada lagi.. Huhuhu..
           Not talk to much, just wanna say, stay awesome, cool, pretty, handsome, clever and nice person to all peoples.. Doakan untuk SPM aku nanti. Tak lama mana pun. 9 bulan woiii.. Pejam celik pejam celik masuk bulan 9.
           Selamat tinggal 2015. Kenangan untuk tahun tu aku takkan lupakan sampai bila-bila. Ada manis, masin, pahit, masam, tawar dan macam-macam lagi. Suka duka kita tempuhi sama-sama macam orang gila. Ecewahhh.. Ayat tak leh blah. Dan selama datan 2016. Please be nice to us, and we'll be nice to you like as usual.... Hehehe. Okay, bye..

P/s: Nantikan update yang seterusnya tentang percutian aku kat Korea dengan parents aku dalam 2 hari lagi.. Stay tuned! Hiks...