► SCM Music Player ▼

Rabu, 29 Oktober 2014

Kehidupan Duniawi

             Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat kepada pembaca blogger ku sekalian. Hahaha. Apa khabar? Maaflah sekarang ni jarang update blog. Sebab sibuk dengan itu ini. Dengannya exam PT3 lagi. PT3? Susah nak cakap.. Soalan dia.. SUSAH! Lagi-lagi soalan math and sains. Lepas PT3 ni, banyak aktiviti yang aku buat. Tapi benda penting yang aku teringin nak buat, buat novel. Tulah benda yang aku tunggu selama ni. But, now i'm just waiting for my result. Nervous. Dahlah, kita tutup cerita pasal PT3 pula.  
             You all nampak and faham tak ENTRY kat atas tu? Okay, bagi yang faham, bagus. Yang tak faham tu, meh nak habak mai.. Tapi sebelum tu, maaflah aku terpaksa guna perkataan 'AKU'. Kalau tak, sebelum ni cakap, 'Fatini' je kan? Okay, kita sambung. Entry ni maksud tentang World. Orang kat sekeliling aku yang bermacam ragam peliknya..
             Firstly, dunia yang penuh dengan manusia yang bermacam ragam peliknya. Ada yang baik. ada yang jahat. Ada yang susah kita nak faham perangainya. Ada yang tikam belakang. Ada yang batu api dan macam-macam lagilah. Tapi, adalah sorang kawan aku ni tanya, "kenapa manusia ni perlu pura-pura bagus depan orang lain. I mean, nak tunjuk diri dia tu sempurna sangat. Perlu ke kutuk-kutuk orang lain kat belakang? And, bila depan-depan, pijak semut pun tak mati. I dont know why people always do this. And, kenapa orang zaman sekarang selalu pura-pura kuat, padahal dalam hati dia terluka gila? Why them not show them feel at people? That was weird." Then I tell her/him, "Maybe them have the own reason or what else. Same too me. And, same too you, for sure you have the own reason why you do like that, right?" Dia pun setuju apa yang aku cakap. Tak taulah korang macam mana. Maybe, ada yang akan cakap, "Sebab kepala hotak dia" "Sebab tak munasabah langsung" "Tu bukan, tu menyakitkan hati orang adalah" "Orang yang macam tu, patut pijak berjemaah". Hahaha. Sesetengah orang mesti akan cakap macam ni, kan? Apa-apa jelah.
              Secondly, dunia yang penuh dengan cinta monyet, crush dan lain-lain lagi. Aku tengok dari sekeliling ramai yang bercouple sejak dari sekolah menengah, ada juga budak sekolah rendah yang dah panndai bercinta. Waahhh.. aku dulu-dulu baru nak tau apa itu cinta? Apa itu couple? Budak zaman yang sekolah rendah ni sekarang lagi maju dari kami yang sekolah menengah ni. Cepat belajar katakan. Tapi, bila dah break-up adalah yang otak dia tak waras tu, dok cungkil tangan pakai pisau, pakai pembaris besi. Ada juga yang bunuh diri.. Menangis tu aku boleh terima lah. Sebab kita terpaksa tinggalkan orang yang kita sayang tu. Ada yang bila dah break-up tu, macam tak perasaan. Like nothing happen with someone tu. Hahaha. Aku pelik betul lah dengan diorang ni. Putus cinta je weh. Bukannya suami ceraikan kau pun. Tak perlulah nak cungkil tangan tu, pastu nak tulis nama bf/gf sangat. Pastu nak bunuh diri. Jangan jadi bodohlah weh. Jangan sebab benda tu, kau hilang iman. Hilang pedoman. Kalau macam tu, buang masa je mak bapak kau hantar pergi sekolah suruh cikgu-cikgu didik kau jadi manusia berguna. Kalau dia tinggalkan kau, that's mean Allah nak bagitau kau, yang dia bukan jodoh kau. Dia bukan untuk kau. Maybe one day, kau boleh dapat lagi bagus dari yang sebelum ni. Tapi tak sebagus bf/gf kau sebelum ni. Tak sekacak/secantik dia. Tapi lagi baik, boleh jaga perasaan kau yang terlampau gedik nak mampus tu. Boleh bagi kau kasih sayang yang sebagus dari bf/gf kau tu. Ya, ada ramai yang akan kata kat aku macam ni, "Ingat senang nak lupakan dia?" "Aku sayangkan dia, banyak kenangan pahit dan manis aku dengan dia" "Aku hanya sayangkan dia, aku sanggup buat apa untuk dia". Kau orang mungkin akan cakap macam tu, kan? Ada yang sesetengah orang tak setuju dengan pedapat aku. Dey, cha! Aku bukan suruh kau orang lupakan dia terus-terus macam tu. Jangan jadi kurang pandai. Kau hanya perlu lupakan dia secara perlahan-lahan. Tak pun, jangan dengar lagu jiwang sangat. Jangan dengar lagu yang kau orang pernah masa dengan dia. Kau dengar lagu korea ke, kau dengar lagu yang menghiburkan hati kau. Mungkin dari situ, kau boleh lupakan dia secara perlahan-lahan. Ini dari kajian akulah. And, dont forget to throw all given by he/her. Dari kau simpan, baik kau sedekah kat orang lain. Kalau taknak dengar cakap aku sudah lah. Teruskan hidup kau yang pelik-pelik yang suka ingat si dia. Tak kira yang ada crush and bercouple. 
             Aku bagi cadangan. Sebab aku pun pernah lalui tu sekali. Dari benda tu, aku dah mula tak percaya lelaki. And, aku selalu cakap, yang lelaki ni semua sama. Suka buat perempuan nangis. Playboylah apalah. Tapi, kita tak boleh juga nak cakap lelaki macam tu. Ada juga perempuan buat lelaki macam tu, kan wahai kaum Adam? Aku tengok ramai lelaki tak percaya perempuan sebab mereka kata perempuan hanya nakkan duit lelaki. Betul, ke? Hahaha. Not all, okay. Lelaki selalu berfikiran negatif terhadap perempuan. Mentang-mentang kaya, boleh kata perempuan macam tulah? Kena kat kau orang baru taulah macam mana kami yang perempuan ni rasa. Tapi kita tak boleh salahkan kedua-dua pihak tu. Mungkin Allah dah tentukan halatuju kita. Who know's? Sebab tu perangai aku pun macam lelaki. Suka pukul orang. Bila jumpa kawan-kawan tak kira lelaki salam macam apa entah. Tapi tu kat kawasan perumahan. Tapi kalau kat sekolah lain sikitlah. Sopan bak kata orang.
               Walau apa pun, kita kena kuat hidup dalam dunia ni. Setiap manusia akan diduga dengan pelbagai cabaran. Tak kisah susah ke senang ke, kita kena hadapi. Jangan kata 'TAK BOLEH'. Sebab dalam kata-kata tu, bole menjatuhkan semangat kita. We must face it tak kira apa pun. Sebab kita tak tahu apa yang kita dapat lepas cabaran kita lakukan tu. Kau anggap benda ni macam game lah. Mula-mula dia ada rintangan yang susah nak mampus, after that you will be get it lepas apa yang kau dah buat tu. Tu baru orang kata usaha, bro. Kalau kau nak sesuatu tapi tak usaha, baik kau jangan jadi manusia. Nak sesuatu bagus, tapi tak usaha, lepas tu, salahkan takdir asalkan kau tak dapat itu ini. Haa, banyak cekadak kau? Biar benda tu lambat nak dapat, asalkan kita lakukan. Tapi janganlah mengalah bila kau dah usaha sehabis mungkin tak tak dapat hasilnya. Mungkin Dia nak bagi kau lambat dapat sesuatu benda tu. Special. Hehehe. Dont give up even kau rasa macam hidup ni tak bererti. Selagi kau masih hidup, kau buat. Jangan jadi macam aku dulu tau? Teruk. Takdelah teruk sangat. Teruk biasa je. Sekarang pun sama juga. Tapi cuba usaha untuk jadi lebih baik.
               Baiklah, sampai di sini je lah ceramah aku yang meraban. Hope kau orang faham apa yang aku cuba sampaikan. Anything questions, just leave ur comment in my chatboxx. Wasalam. Bye-bye.