► SCM Music Player ▼

Sabtu, 15 Oktober 2016

Graduation SMK Sentul Utama 2016.

          Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semuanya.

          Wahhh, dah lamanya tak update blog aku ni. Last update, masa bulan Januari yang aku cerita pergi Korea tu kan?
          So, tittle malam ni aku nak update pasal HARI GRADUASI aku. Actually lah kan, dari bulan 3 aku dok tunggu hari graduasi ni. Siap tanya mak aku, "ibu, bila graduasi?" "ibu, graduasi bulan berapa?" "ibu, lama lagi ke graduasi?" "ibu, graduasi nanti ibu ada ke tak?" Sampailah mak aku naik fed up dengan soalan aku, sampai malas nak layan soalan sama aku tu, hehe. Alah, biasalah tu kalau orang dah tak sabar dengan satu benda, dia akan tanya dan tanya dan sampai dia puas. Tapi janganlah sampai hari-hari nak tanya, memang nak kena bantai lah jawabnya. Graduasi kitorang tu sebernanya semalam baru buat, hari sabtu (15/10/16) and acaranya tu dibuat pagi. Pagi kau. Dah lah hari sabtu, lepas tu pagi pula tu. Pagi-pagi tu nak kena bangun, umpama macam katil tu suruh kita tidur balik kau tau. Dia tarik badan kau. Malas!
          Pukul 7:30 pagi semua dah terpacak kat Hotel Sani dengan baju grand-grand gitu. Lepas semua dah sampai tu, semua pun berdaftar kat kat tingkat 1. Dewan dia tak adalah besar mana. Sempit tu aku tak tau nak omong gimana. Tapi boleh lah sumbat semua umat manusia. Aku taknak taip panjang-panjang nanti karang bosan pula kalau baca. Aku tulis mana penting je nanti hohoho. Sambil-sambil tu boleh lah aku cerita perangai masing-masing ye. Okay, meh usya banyak gambar-gambar kat bawah ni.

Aisyah, Liana, Ashikin & Me. (Dengan Geng Cik Kiah Gosip) hehe
Dengan ibu ku sayang.
Dengan mak cik raver.
Cikgu Hafiz. Yang belakang tu hantu juon haha.
Thanesh.  
          Ni member sejak form 1 lagi. Tapi rapat masa form 2. Dah lah masa form 2 tu asyik kena buli dengan aku, lepas tu buat muka redha pula kau. Dari form 2 sampai form 5 kelas asyik sama je. Fed up lah asyik tengok muka dia tiap-tiap tahun haha. Lepas tu, suka pinjam buku aku. Kalau boleh nak pinjam buku tu sampai sebulan pun tak apa *emoji merecik*. Dah lah suka buat aku marah. Tapi kalau dia mental dengan aku, lagu favourite aku nyanyi kat dia, "Yenade Yenade Yenaporengge." Hahaha, Thanesh Thanesh xD.

(Belakang) Thanesh & Syed. (Depan) Ashikin, Wafi & Naim.
          Yang diorang ni memang anak kesayangan mak aku. Diorang kalau kat sekolah, jumpa mak aku je, habis diserunya, "Ibuuuuuu, gambar jom." Mak aku dengan rela hati keluarkan phone dia ambil gambar diorang. Lepas tu, suka report kat mak aku perangai aku kat kelas. Kata aku ponteng lah, tidurlah eyy geram je aku dengan diorang ni *emoji merecik lagi*. Nasib member.


Chill-chill dulu.
Yana. Adik paling bongsu dalam kelas hehe.
Firman. (penghibur kelas paling gila)
Sebelah Liana, Shafian.
           Waktu ni tengah tunggu setiap kelas nak masuk berarak dalam dewa, Tapi sebab lama sangat nak kene tunggu tu, kitorang gunakan lah peluang yang ada selfie-wefie haha.

Fans ajak bergambar hehe tak adalah gurau.
Dari tiga orang nak bergambar jadi 10 orang menyibuk nak juga.

Orang tengah berucap, diorang main game.
Hush! Nak ambil sijil ni.
Yeay! Congrats, dearself.
Mell, Thanesh, Afham & Man Hong
Martin.
Assistant monitor ft. Monitor tak guna. Hahaha.
Aisyah 50 sen.
Naim. (BF tak guna)
Cikgu Pijoy yang suka cari pasal dengan ibu & anak (akulah tu).
Yeayyy, Fatehah.
Gambar untuk kelas.
          Dah settle ambil gambar ramai-ramai dengan berjubah hitam topi dia lagi yang buat aku stress gila, akhirnya dapat jugak aku tanggalkan. Benda alah yang kat kepala tu buat aku bad mood 10 minit sebab tu, tudung aku basah siap ada bentuk bulat lagi. Eyy, habis kena bahan dengan BFFUD aku. Chett! *emoji tahi dan merecik*.
          Okay, yang gambar ni memang aku tunggu saat-saatnya. Kawan dari form 1 sampai sekarang walaupun beza kelas, beza tingkat, beza aliran subjek. Hahahaha. Dengan member yang kaki bahan nak mati, kaki dajal gambar orang, kaki pukul dan macam-macam lagi hee.. BFFUD BUSUK PALAU. Haiph, jangan hina okay nama tu. Ambil masa 2 tahun mencari nama pelik ni huhu.

Adam, Aqil, Aku, Ck, Izati & Fatehah.
           Actually, ada lagi sorang kawan kitorang. Irfan. Tapi dia KV, jadi gambar dia tak adalah. Walaupun dia tak ada dalam gambar ni, dia tetap dalam hati kitorang semua HAHAHAHA. Sweet, dok?

Member paling disukai adik-adik junior walapun bergf hahaha.
Cikgu Aida. (orang kuat yang handle graduasi f5)
Yeay, Fahkrul si abang besi.
          Banyakkan aku post gambar? Hahaha, actually, ada lagi nak post, tapi tak payahlah. Baik simpan selebihnya kan? Ni jelah masa seronok yang kita boleh buat sama-sama. Lepas habis SPM dah tak ada nanti macam ni, jadi kita gunakan masa macam ni. Boleh buat kenangan selamanya.
          SPM pun lagi 3 minggu je lagi. Tolak makan minum tidur main game semua tu, lagi berapa hari je weh. Boleh kira dengan jari je. Nak kata takut boleh lah. 50/50 je sekarang rasa dia. Berdebarnya Ya Allah. Aku nak minta maaf kalau sesiapa yang terasa hati dengan aku selama ni. Maafkan dari lubuk hati yang ikhas heeee. Apa pun, aku nak wish 'GOOD LUCK' kat kawan-kawan lain yang ambil SPM macam aku. And, good luck to myself too.
          Sekian saja cerita saya harini. Terima kasih sudi baca blog saya \^.^/
          Insya-Allah, lepas SPM kalau ada masa aku update lagi ye? Wassalam. Bye-bye.


Sabtu, 2 Januari 2016

Cuti Sekolah Di Korea Bersama Tersayang ❤

               Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat kepada pembaca blogger's ku sekalian. Seperti yang dijanjikan dua hari after update about New Year 2016, and today I'm gonna update about my School Holidays at KOREA. Yeayyy!!
               Sebelum aku cerita pasal cuti sekolah aku, ni nak tanya ni haa, korang cuti sekolah, pergi mana? Luar negeri atau luar negara? Ke tak pergi mana-mana cuti tahun lepas? Atau ibu bapa sibuk dengan kerja? Okay, nevermind...
               Sebernanya, aku ni tengah excited nak cerita pasal percutian aku kat Korea. Hahaha. Yang pergi dengan aku hanya ibu ayah aku saja. Yang tiga orang abang aku tak dapat pergi sebab sibuk dengan kerja masing-masing. Jadi hanya aku seorang jelah dapat pergi. Huhuhu.. Hari yang kita orang nak pergi tu 10/12/2015 hingga 14/12/2015. Tapi masa 10/12 waktu malam masa nak pergi lapangan terbang. Kita orang hanya pergi lima hari saja dan suhu kat sana memang tak payah cerita lah kalau tengah bulan Disember ni. Mencecah -8 hingga 10 celcius. Sejuk bak ang wehh.. So, memang aku dah siap-siap awal bawak baju sejuk tebal-tebal. Baju lebih sikit untuk pakai dua tiga lapis nanti kat sana. Untuk pengetahuan korang, kitorang menggunakan pakej Andalusia Travel & Tour Sdn Bhd sebab harga dia memang berpatutan seperti yang kita orang nak kan. If kau orang berminat nak pergi bercuti ke luar negara atau menunaikan haji/umrah, bolehlah klik kat sini >>  Andalusia Travel & Tours.
               So, let's get started it to know about my travel at Korea with my lovely parents. Shiiuuuuu *buat bunyi kapal terbang.*
               Pada 9/12/2015 tarikh kami menuju ke KLIA2. Waktu yang kena sampai kat airport pukul 10 malam. Kami dihantar oleh kawan ayah. Dua kereta kami guna nak pergi airport dan semestinya ada 'bodyguards' yang temankan kitorang hantar ke sana. Nak tahu siapa? Jeng.. jeng.. jeng.. Semestinya dua orang abang aku, Along dan Angah. Uda dia tak dapat hantar sebab dia kat Kuantan. Apa lagi, belajarlah. Okay, lepas kitorang dah sampai kat airport, kitorang terus cari kafe nak minum-minum sekejap sementara menunggu empat keluarga yang lain sampai. Yang pergi ke Korea, hanya lima buah keluarga. Ramai. Tengah minum-minum tu pulak, Ibu suruh aku teman Ayah pergi jumpa Tour Leader untuk ambil pasport dengan tiket penerbangan. Masa mula tu, aku takut lah sebab kut-kut tak dapat tempat duduk sama dengan mak bapak aku. Tapi, syukur gila lah, dapat jugak aku duduk dengan parents aku. Hahaha.. Gembira lah weh. Lepas dah ambil semua tu, aku dengan Ayah pergi check-in beg. Tak adalah ramai mana yang check-in beg masa tu. Dah selesai semua tu, Along dengan Angah nak balik rumah. Masa tu sedih o nak berpisah dengan diorang walaupun lima hari. Yelah, sayang abang katakan. Sampai aku peluk Along. Lepas diorang dah blah tu, Ayah pulak lapar, kitorang apa lagi, makan kat KFC lah jawabnya. Sebab tu je favourite Ayah. Lepas dah selesai makan semua tu, kitorang terus pergi tempat nak berlepas tu. Aku tak tahulah apa kenama tempat tu. Hahaha. Sengal xD.
               Waktu berlepas dari Kuala Lumpur ke Seoul pada pukul 1 pagi. Sementara kitorang menunggu untuk boarding pass aku dengan sukacitanya apa lagi, keluarkan novel dalam beg and sumbat earphones dalam telinga then dengar lagu sampai tak perasan orang sekeliling aku. Sampai sengih-sengih baca novel sebab kusyuk punya pasal. Ibu dengan Ayah sibuk bual-bual sampailah pukul 12.30 tengahmalam kami semua diberi masuk awal dalam kapal terbang. Masa masuk tu, tersengih-sengih aku bila Ibu bagi aku duduk sebelah tingkap. Tempat favourite aku bila naik kapal terbang. Hahaha.. Perjalanan nak ke Korea ambil masa 6 jam. Dan waktu kat sana cepat satu jam dari Malaysia. Nasib baiklah aku ni bukan jenis mabuk udara. Kalau tak, free-free je malu. Huhuhu..
               Selepas 6 jam kat udara sampai belakang badan aku sakit, kaki kejang dan sewaktu dengannya, akhirnya sampai jugak kami semua kat Incheon Airport. Bahagianya bila dapat berdiri jangan cakaplah, sampai berbunyi tulang kat badan ni. Hehehe.. Lepas dah keluar dari kapal terbang, kami terus pergi ke train. Tapi sebelum kami naik train, kami bagi yang lain untuk naik dulu. Yang geng Andalusia chill-chill dulu kat tempat menunggu tu. Alang-alang menunggu semua tu, ada yang nak pergi tandas, ada yang nak ambil gambar dulu, ada yang nak keluarkan baju sejuk masing-masing. Macam-macam lagi lahhhh..

Ibu kita lah. Hohoho..
Dipendekkan cerita yang aku tak ingat, kami semua terus pergi ambil beg masing-masing yang banyak dan berat tu. Lepas dah settle semua benda kat airport tu, kami disambut oleh Tour Guide. Wanita Korea cantik yang sangat peramah dan mesra alam. Dia perkenalkan diri dia Joy. Tengah sibuk Joy bagitahu nama dia, Uncle Sulaiman(Tour Leader) dengan senangnya nak panggil dia Joyah and I was like, "What?!! Suka-suka je nak tukar nama Joy tu ke Joyah xD" Si Joy tu pun macam hmm layan je.. Tapi kitorang tetap panggil dia Joy sebab karang apa pulak kata dia bila orang panggil dia Joyah. Haha. Sebelum kitorang keluar dari airport, Uncle Sulaiman kata kalau siapa-siapa nak singgah beli air ke apa ke, dia bagi. Ibu pun apa lagi, terus pergi 7E. Nak beli apa lagi kalau air Banana Milk favourite dia tu. Sampai tiga botol dibelinya. Lepastu, kitorang terus pergi ke bas dan Joy kenalkan pemandu bas untuk pelancongan yang sepanjang kami berada di Korea, Uncle Kim.
               Sebelum kami menuju ke perjalanan yang akan dituju nanti, kami bersarapan di sebuah Restoran Korea. Jujur aku cakap sup tauhu dia paling sedap gilooo. Sampai habis dibuatnya aku. Tapi macam yang aku jangka, aku memang tak boleh hadam nasi dia waktu pagi tu. Aku banyak makan sotong pedas dengan sup tauhu je. Nasib tak sakit perut. Hiks.

Mari kita berhuhu.
Muka kena paksa ambil gambar dengan Ayah. Hmm..
(yang ada sudip tu, sup tauhu.)

               Lepas dah makan semua tu, kami terus menuju ke Nami Island. Dekat je dengan tempat kitorang makan tadi. Tak sampai 10 minit dari Restoran kitorang makan tadi.


                 Sementara nak tunggu feri sampai, semua yang berada kat kawasan tu panaskan diri disebabkan suhu mencecah 1 darjah celcius. Sejuk gila time tu sampai tutup mulut dengan hidung aku dibuatnya. Wap kat mulut tu sampai terkeluar bila nak bercakap dengan orang. Selepas tunggu punya tunggu, akhirnya sampai jugak feri. Mesti korang tanya, aku naik feri ni nak pergi mana? Kat mana? Haaa.. Tempat ni, memang famous punya lah. Nami Island. Siap keluar tv lagi tu. Alahh.. dalam cerita Winter Sonata tu. Cerita kegemaran semua lah boleh dikatakan walaupun aku tak minat cerita tu. Perjalanan untuk naik feri ke Nami Island tu lebih kurang 10 minit dan ramai yang amat naik feri tu, sampai penuh tempat duduk hingga aku pun ambil keputusan diri kat luar sebab sempit sangat dalam feri tu. Diri kat luar best gila. Ambil udara segar siap fefeeling lah kononnya. Hahaha..
                 Lepas 10 minit, kami semua pun sampai ke Nami Island. Seronok dia tak payah cakap lah. Senyum sampai ke telinga aku dibuatnya. Yang aku nak cakapkan kat tempat tu, tempat dia cantik weh!! Bersih! Nyaman dan sewaktu dengannya. Tak tercakap. Jadi aku belanja gambar jelah ye. Enjoy!


                Orang kata, kalau datang Nami Island ni, rugi tak amik gambar dengan benda alah ni. So, dengan gembiranya, ibu pun tak lepas peluang amik gambar dengan kekasih hati dia. Hahahaha. Sanggup berjalan jauh nak cari gambar besar gajah ni. Dari tempat kat feri tu, aku rasa dah 1km aku berjalan. Fuhh.. penat lah gak.

Tempat nak solat. Dalam dia cantik sangat. Tengok gambar bawah.
Chill-chill dulu minum air. Hohoho..
Haa.. ni lah dari kumpulan Andalusia.
               Lepas dah puas berjalan kat Nami Island yang cantik bersih ni, kitorang pun naik feri untuk pulang ke tempat asal. Berapa jam entah kitorang jalan-jalan kat pulau cantik tu. Gambar sana sini. Tapi ni je aku mampu tunjuk. Hehehe.
               Dah sampai tempat yang kitorang turun masa nak pergi pulau tu, kitorang terus naik bas. Dalam bas, Joy cerita macam-macam tentang Korea. Macam mana zaman diorang boleh maju, macam mana zaman dulu berperang, macam mana hubungan Korea Selatan dengan Korea Utara dan macam-macam lagi. Bila aku ingat balik, syok jugak dengar si Joy tu bercerita itu ini. BI dia memang fasih gila. Sementara perjalanan kitorang masih jauh dalam berapa jam tu, dia bagi kitorang semua tengok filem spy. Aku tak tahu cerita apa, sebab sibuk duk baca novel sampai tv pun tak pandang. Aku ni kalau novel depan mata, memang tak pandang kiri kanan depan belakang dah.. Huhu


             Akhirnya, selepas beberapa jam dalam bas sampai semua tertidur tengok cerita korea tadi and aku sampai tidur baring kat dua tempat duduk yang aku dapat, kitorang dibawa ke Restoran untuk makan. Haa.. yang korang tengok gambar kat atas tu, tu bukan malam lagi weh. Tu petang lagi. Waktu macam ni, baru pukul 5.30 petang. Kalau kat Korea waktu macam ni pukul 5.30 petang, kat Malaysia 4.30 petang en en? Pemandangan kat sana memang cantik-cantik gila. Sejuk. Nyaman gila dia tak boleh nak cakaplah. Hahaha..

kek beras, cendawan kecik besar, sotong, daun sup & sos teriyaki kut.

               Wah kenyang weh lepas makan. Serius aku cakap makanan dia sedap-sedap bila makan waktu makanan dia panas-panas, dah lah tengah cuaca sejuk gila bak ang. Hehe. Lepas dah settle semuanya, kitorang terus dibawa ke Ski World. 

And here we are.
         
               Mesti korang tertanya en, kenapa dalam setiap gambar tak de satu pun kitorang main ski ni.. Salah satunya sebab , malas, penat and....... aku mana reti main! Kalau dibuatnya aku jatuh tergolek macam nangka busuk, tak ke malu? Yang geng lain pun tak main jugak. Mungkin diorang malas macam aku tak pun penat. Hahahah..
               Lepas puas amik gambar, tengok sana sini kat Ski World, kitorang dibawa ke Ski Resort untuk check-in hotel yang tak jauh dari tempat ni. Dalam 5-8 minit macam tu je. Satu hari berjalan memanglah penat, tapi syiok maa.. So, let check-in hotel.


               Amacam..?? Lawa dok bilik kitorang. Yang gambar terakhir sekali yang ada dua beg galas tu, bilik aku. Stail korea betul bilik dia wehh xD. Tapi malangnya.... kitorang kena bertapa kat hotel tu satu hari je.. Sebab esok kitorang kena pergi Seoul pula untuk 4 hari sehinggalah kitorang balik Malaysia. Huhu.

Walaupun kat negara orang, Malaysia sentiasa di hati. Hohoho. *bangga*

              Hari Kedua.
              Kami berhenti sebentar selama 10 minit di Hoeng Seong Service Area untuk ambil gambar. Lepas 10 minit berlalu, kitorang teruskan perjalanan ke Kim-Chi School. Tapi sebelum kitorang nak belajar cara nak buat kimchi, kitorang pakai-pakaian tradisional korea. Han Book. Kehkehkeh..

Hmm.. muka kekok gila. Haha.

               So, let's make Kimchi!! *buat muka teruja dengan mata bersinar-sinar* *lol*

Waktu ni tengah dengar taklimat cara-cara nak buat kimchi.
Joy jadi tukang translate apa akak korea tu cakap.
Minum teh herba. Wangi, manis & sedap. Hiks.
Focus. Let's do it!
Muka puas hati kut. huhu.
Jahanam kimchi aku xD. Hahahaha.
Macam-macam ada.
               Lepas selesai buat Kimchi, kitorang terus beli barang kejap. Alahh, bukan beli barang kat kedai besar punya. Ni kedai souvenir yang kecik punya. Lepas selesai beli cendermara, kitorang teruskan perjalanan untuk makan tengahari. Lah ni, tukar selera pulak. Makan kat kedai Thai.


               Wuishh, heaven like crazy bila dapat tahu makan kat kedai Thai. Dapat makan tom yam wehh. Tapi ni tomyam putih. Apo laie, moh makan. Ahahaha.
               Dah kenyang makan, kitorang teruskan perjalanan menuju ke mana pulak? Hmmm..


               Tadaaa! Kitorang kat Everland Theme Park! Waahhh.. masa ni super duper excited aku dibuatnya bila sampai sini. Sebelum kitorang masuk kat taman tema untuk menunggu si Joy beli tiket, kitorang amik gambar dulu, selfie, wefie dan sebagainya berkaitan gambar. Lepas Joy dah selesai beli tiket, edar tiket dan bagi peta kat kitorang semua untuk tak bagi sesat, dan dia bagitahu kat kitorang suruh ikut dia kat dalam tu sampai kat tempat sepatutnya. Sepanjang kitorang ikut dia, macam-macam tempat kitorang main. Mula-mula naik cable car. Lepas tu, Joy bawa kitorang semua pergi tengok Rio 3D. Masa tengok Rio 3D, aku asyik tergelak je. The best part is dia punya macam betul-betul. Macam mana eh aku nak cakap? Okay, macam ni. 3D dia lain macam sikit. Macam kau betul-betul dalam wayang tu. Kerusi yang korang duduk dia akan bergerak bila part yang sepatutnya, lepastu keluar effect angin lagi weh. Sumpah aku tak tau nak explainkan kat korang. Alahhh.. macam kau pergi Universal Studio Singapore tu. Yang 3D transformers siap keluar angin sampai nak terpelanting orang sebab kereta tu asyik gerak je. Okay, abaikan. Hahahahaha. Lepas dah habis tengok Rio 3D tu, Joy bawa kitorang naik bot atas air. Yang pelampun bulat lepastu duduk, then benda alah tu berpusing sampai air mercik-mercik kat semua manusia yang naik bot tu. Dah lah basah seluar dengan kasut aku. Nasib baik stokin aku tak kena. Kalau kena mau busuk stokin aku. Eyy, dah lah bawa satu je. Okay, abaikan lagi. Lepas dah puas ikut Joy sana sini, terus kitorang semua buat aktiviti masing. Semua buat haluan masing-masing. Kitorang ada masa waktu tu 3 atau 4 jam kut. Tak silap akulah. Lupa. Hahahah! So, taknak cerita banyak-banyak. Aku belanja gambar je. Hiks.

Alahai.. gediknya patung ni. Siap kenyit mata pulak bila aku kiss dia. Haha.
Comel je akak ni. Aww...

                Okay, dah puas berjalan kat taman tema, kami pun akhirnya tunggu tempat yang diberitahu Joy tadi. Sementara tunggu yang lain sampai, kitorang rehat-rehat dulu sebab penat berjalan. Huhu.


               Selepas berehat, kitorang pun meneruskan perjalanan menuju ke tempat lain yang jauh sikit. Ambil masa 2 jam kut. Kitorang pergi beli belah kat satu bangunan yang besar pak dan barang-barang dia lagi gempak dari KLCC dan PAVI. Joy bawak kitorang satu kedai ni yang boleh dapat diskaun bila ada kad. Kat sana, sebelum kita (pelancong saja) nak shopping, diorang aku bagi satu kad kecil untuk dapat diskaun yang cun-cun punya. Bile kita beli banyak, dia punya harga 4kali ganda lagi murah. Aku beli apa? Aku beli baju Running Man dengan tag nama Jong Kook dan Ji Hyo. Huhuhu. Korang boleh scroll gambar bawah sekali untuk barang-barang yang aku beli.
                Lepas habis beli-belah kat bangunan besar ni, kitorang terus pergi solat kat satu masjid yang besar kat Korea ni. Kalau korang nak tau, kat Korea, hanya 1% saja orang islam. That's why, masjih dia tak banyak kat sana. Dan tempat dekat dengan kawasan masjid tu kebanyakan banyak orang islam yang dari negara Arab, maybe. 


               Selesai saja solat, kitorang terus dibawa kat Restoran Turki untuk makan malam. Haaaa korang jangan ingat kat Korea tak ada makanan macam ni. Sampai kedai Siti Sarah pun ada. Kedai isteri Shuib Sepahtu tu. Siap ada jual sup buntut lagi. Aku pun tak faham apa kenama makanan yang dia bagi. Kawasan dia dekat je dengan masjid tadi. Cuma kena jalan kaki je. Kawasan diorang bukit dia gila-gila sampai sesak nafas aku nak jalan. Tapi demi nak makan malam, dengan tabahnya aku jalan. Cewahhh.. Hahaha..

Muka gembira dapat makan. Hohoho.

               Lepas dah selesai makan, kitorang pun balik. Check-in hotel baru untuk kat Seoul punya. Tapi... bila dah sampai bilik kat hotel tu, terus frust menonggeng aku dibuatnya. Wuaaa... Korang nak tau kenapa? Sebab bilik dia kecik! Bilik air dia pakai langsir je nak tutup. Tak de pintu. Aduuuu... nasib dapat katil sorang-sorang. Tilam dia cun. Siap ada wifi daaa... Lepas habis kemas barang, terus bukak whatsapp semata-mata nak mesej dengan kawan-kawan aku, BFFUD BUSUK PALAU. Haip.. Jangan nak kutuk nama tu. Aku tempeleng karang. Hahahahaha, just kidding..
               Hari Ketiga.
               Hari ketiga ya? Kemana pulak kitorang pergi kali ni? Jeng jeng jeng... Macam biasa, breakfast. Tapi kali ni, aku macam tak selera tengok sarapan dia. Sebab ada Kimchi, ubi kentang dan telur. Nasib baik ada salad. Kau rasa? Kalau tak makan aku pagi tu, agaknya pengsan lah aku masa jalan-jalan nanti. Agagagaga.. Lepas sarapan, kitorang mulakan perjalanan ke kilang permata yang bersinar-sinar tu. Ni tempat setengah perempuan mungkin akan jadi gila bila tengok batu permata ni.


               And for all information, Aaron Aziz pun pernah datang situ daaa.. Siap bergambar dengan tauke syarikat tu. Gambar dia terpampar kat muka pintu bila nak masuk satu bilik kat atas tu. Kitorang semua jakun gila bila tengok gambar tu. Macam Aaron Aziz kat situ pulak. Hahahaha. Tapi gambar hanya mampu bagi yang ni jelah. Sebab orang tu tak bagi. Dia siap pesan awal-awal masa nak masuk kilang kecil ni xD. Lepas selesai dengar orang tu terangkan pasal batu permata, kitorang tengok-tengok rantai, gelang, cincin, anting-anting dan banyak lagi. Beli? Hahahahahaha.. Memang tak lah. Mahal kut. Tengah yang lain sibuk-sibuk tengok kat dalam, aku duduk luar main game subway surf. Ibu siap marah kenapa tak masuk, aku cakaplah "dari tengok kat dalam tapi tak beli, baik main subway surf ada faedahnya. Hehehe."
               Lepas dah lawat kat Jeil Amethyst, kitorang teruskan destinasi kedua ke National Gingseng Centre. Tapi kali gambar tak de lah. Alaaahh. Heheh, sorry ye? Bukan taknak bagi. Tapi orang tu tak kasik ambil gambar kat situ. Sebab korang jangan tanyalah.. Aku no comment.
               Lepas dah habis kat Gingseng Centre tu, kitorang meneruskan perjalanan. Kemana? World Cup Stadium 2002. Weeeeeeee ~

Feeling jap jadi bos. Hiks.
                Before kitorang tengok kawasan stadium, kitorang masuk kawasan muzium dia dulu. Muzium dia tak ada lah besar mana, sederhana je kawasan dia.

And, here we are! Wuuuhuuuu!!
Stadium kecil, tapi memang luas gila.

             Kalau korang nak tau, stadium dia tak besar. Bila korang tengok kat tv, korang tengok stadium dia besar gila kan? Tapi bila tengok depan mata, stadium dia kecil je. Cuma kawasan dia luas. Dan.. cantik gila. Bersih. Walaupun stadium ni 14 tahun dibina, tapi tempat dia memang cenggina lah *thumbs up*. Aku salute gila kebersihan dia. Kebersihan dia memang tiptop. Next photos.

Tempat training.
Pelancong tulis nama. Kenangan untuk pemain Korea katanya.

              Dah habis jelajah satu stadium, kitorang teruskan perjalanan ke tempat kegemaran aku. Tempat skin care products. Yeepeee!!! That was my favourite part xD. Kat situ, Ya Allah bagai nak gila aku tengok produk dia.. Rasa nak melompat masa tu, tapi aku kawal gila-gila. Hahaha. Macam-macam weh aku beli. Beli masker, bb cushion dan sewaktu dengannya..

Place of skin care products.
               Lepas dah beli-beli kat tempat tadi, kitorag terus makan tengahari kat satu Restoran Arab. And, perfect! Makanan dia sedap-sedap. Selesai makan tengahari tadi, kitorang teruskan perjalanan ke Kyongbok Palace. Tempat bersejarah zaman Korea. Hahaha..

Aku pun tak tahu apa function aku amik gambar kat sini xD
Pavilion di tepi kolam yang menjadi santapan raja.

               Serious aku cakap, perjalanan kat kawasan tu, bapak jauh gila sampai aku pun jadi penat gila. Mula-mula tu, aku ingat tempat dia tak adalah besar mana, sekali masuk tu hmm nak ternganga aku tengok kawasan dia. Tempat paling besar yang pernah aku tengok.. Pemandangannya, kalau kita pandai ambil gambar betul-betul, memang cantik sangat! 
               Meh aku cerita serba sikit pasal istana besar dan cantik ni. Maksud Kyongbok Palace ialah 'Syurga Yang Diberkati'  merupakan istana pertama Dinasti Joseon kat Seoul, Korea dan ia dibina pada tahun 1395 selepas tiga tahun Dinasti Joseon diasas oleh Seoul, Korea oleh Raja Taejo lepas menjatuhkan kerajaan Goryeo. Istana tersebut dibina di tempat strategik yang backgound  dia Buksan Mountain dan berhadapan Namsan Mountain. Zaman sekarang, istana yang besar lagi cantik ni still kuat berdiri kat kotaraya Seoul, Korea dan menjadikan inspirasi kegemilangan diorang pada silam lama Korea Selatan. Fuhhh.. memang hebat lah bila aku fikir balik. Aku tabik dengan zaman gemilang diorang.. Tu jelah aku tahu sikit tentang sejarah Zaman Dinasti Joseon..

Ni peta Kyongbok Palace..
            
               Lepas habis jelajah satu istana besar tu, kitorang teruskan lawatan ke National Folk Museum. Kat situ tak banyak tempat kitorang ambil gambar, sebab kat situ ada yang tak boleh ambil gambar sesuka hati. Jadi, aku belanja gambar yang mampu jelah. Hohoho...

Empat2 lahir tahun arnab xD

               Kitorang teruskan lawatan lagi ke mana agaknya? Jeng jeng jeng... Trick Eye Museum. Tempat yang memang aku teringin sangat nak pergi wehh.. Tapi sebelum kitorang masuk kat tempat pelik tu, kitorang pergi salah satu tempat sejuk nak mati kalah kat I-City Shah Alam sana tu. Siap gigil-gigil kitorang semua kat dalam tu.

Meet my new friend, Mr Panda. Uhuks.

Presenting.... Parts of Trick Eye Museum.....

Time ni kena paksa dengan ayah ambil gambar macam ni. Aduu xD
Tebalkan muka bila orang tengok aku buat macam ni. Takda trick lain nak buat..
Ibu kata, "tengah meneran ke Yin?"
I like lollipop...
              
               Okey, yang gambar atas ni, akhir jalan nak keluar. Time nak keluar dari tempat pelik ni, dia ada satu pintu tau tulis OUT, aku pun masuk lah, sekali masuk tu, kau tau ada apa kat dalam tu? CERMIN weh!!!! Kiri kanan depan belakang cermin banyak. Dah lah nak keluar susah. First nak keluar tu, aku ingat macam biasa. Aka raba cermin kiri kanan nak cari jalan keluar, sekali aku nampak satu pintu bercahaya, aku punya gembira tu tak terkata, kitorang pun ikut jalan tu, sekali kau tau kitorang sampai mana? Sampai tempat pintu yang tulis OUT tu balik. Time tu, perangai aku mula keluar lah. Bengang kut.. Lepastu ibu dengan ayah suruh keluar kat tempat mula-mula masuk Trick Eye tu, aku cakaplah mana boleh. Aku geram, terus aku cakap kat parents aku, "kita masuk balik, yah. Yin tak puas hati dengan bilik ni. Dia main cak-cak pulak..". Terus kitorang masuk. Yang masuk sekali aku, parents aku dengan dua orang putih, ayah dengan anak perempuan dia. Aku depan sekali, yang lain tu mengikutttttt jelah kerjanya. Aku raba cermin tu, tapi penghujung dia jadi bentuk tiga segi, jalan mati punya. Patah balik, sekali terlanggar cermin, sakit kepala aku terhantuk kat benda alah tu. Jalan punya jalan, akhirnya keluar juga... Eyyy, mencabar betul nak keluar dia. Nak keluar dari pintu tu sebernanya tak adalah jauh sangat, cumah dia pusing-pusing. Ni kalau budak kecil masuk ni, sepuluh minit tak jumpa jalan keluar. Hahahaha.. Dah keluar tu, terus aku dengan parents aku duduk. Kaki lenguh time tu..
               Dah habis main-main kat muzium tu macam orang tak ingat dunia, posing sana sini, meniarap, menonggeng segala tuk nenek lagi lah, kitorang pun pergi makan 'malam' (untuk makan petang sebab nak balik hotel). Restorang Korea, tapi sajian dia wehhh buat aku rindu Malaysia pulak masa tu. Ada ikan goreng, lempeng sotong (kut), telur dadar yang digulung dan banyak lagilah. Lapar tak ingat dunia aku masa tu xD. Aku tak pandang kiri kanan masa tu. Nasib aku duk hujung sekali waktu tu. Hahahaha... Macam budak-budak..


                Lepas selesai jer makan, terus Joy bawak kitorang pergi shopping! Not super excited about this. Jangan tanya kenapa, sebab aku pun tak tahu kenapa kuran gemar pasal benda ni. Huhuhu..
                Dah habis beli-belah kat situ, kitorang pun balik hotel untuk berehat.....
                Hari Keempat. (Last Day) *sedih*
                Hari keempat eh? Hmm, apa kitorang buat agaknya eh? Okey, macam biasa kitorang breakfast untuk dapat tenaga. Kitorang teruskan destinasi yang dituju.. Donghwa Duty Free


                Tempat shopping lagi... Arghhhh!! Bencinya *tutup mata guna lengan**nangis*. Dah sampai kat tempat beli-belah, terus Joy bawak masuk dalam bangunan tu. Cuaca dia kali ni lain macam pulak. Sejuk dia, fuhhhhh sampai nak terkecing dibuatnya walaupun dah pakai 3 lapis baju. Huhuhu. Kitorang buat aktiviti bebas. Nak pergi mana, pergilah. Tapi kitorang diberi masa 2 jam. Masa nak masuk bangunan tu, kitorang jenguk-jenguk dalam dia. Kecil je setiap kedai tu. Tapi, harga dia memang sampai nak tercekik aku tengok. Dah tengok satu blok bawah, kitorang keluar dari bangunan besar untuk hirup udara segar. Masa tengah jalan kat satu laluan ni, aku ternampak ada orang jual barang kat tepi jalan, aku pun apa lagi, ajaklah parents aku pergi situ nak tengok apa yang orang tu jual. Hampir 1 jam kut kitorang kat situ nak beli barang-barang untuk tersayang. Ibu paling banyak beli. Kiri kanan plastik aku kena pegang. Macam-macam kitorang beli kat situ, padahal satu tempat je beli, tapi plastik banyak macam beli satu gedung. 
                 Lepas dah bayar semua tu, kitorang masuk balik bangunan beli-belah tu. Yang lagi 4 buah keluarga, aku tak tahu pergi mana hilangnya. Yang pasti diorang dah awal-awal chaw pergi luar bangunan ni. Okey, abaikan yang tu. Kitorang jalan-jalan tengok blok atas jual apa tiba-tiba mata aku ni cekap pulak nampak kedai Etude House masa naik eskalator. Gila aku terus datang nak beli kat situ. Aku memang niat sebelum pergi Korea, memang aku nak pergi Etude House. And, finally.... i found that.. Aku memang tak lepas peluang, terus aku lari kat kedai tu. Benda pertama aku nampak, krim muka dengan magic any cushion & liptint. Tapi favourite aku semestinya... 

Sumber dari pakcik Google.

               Hahahaha.. ni memang best wehh.. Sejuk je bila pakai.. Setiap warna beza bila pakai. Warna pink, untuk nampak muka lagi natural dan sentiasa flawless. Warna hijau, untuk tahan lama dan muka yang selalu berminyak boleh try ni. Warna putih, untuk bagi muka nampak cerah. Contohnya macam korang tak payah pakai mekap tebal-tebal, just dap dap dah cun. Huhuhu.. Aku dengan ibu aku beli ni. Kitorang beli tiga dapat satu. Jadinya,  ibu aku ambil dua, aku ambil dua. Ibu putih aku pink. Kakak kedai tu siap bagitahu aku awal-awal ambil yang pink. So, aku ambillak warna pink..
               Dah puas shopping sana sini kat Donghwa Duty Free, kitorang terus pergi makan tengahari pulak.. Foreign Restaurant. Yang menyajikan makanan halal untuk semua pelancong. Makanan Pakistan lah pulak kali ni. Nasib perut boleh telan makanan macam tu. Huhuhu.. 
               Lepas dah kenyang makan, aku dengan ibu jalan-jalan sementara yang lain nak solat.. Kitorang cuti. Hehehe.. Aku dengan ibu jalan sana sini tengok kedai-kedai. Tengah jalan-jalan tu, kitorang satu kedai ni, namanya Mr. Kebab. Kedai makanan halal punya lah... Harga dia boleh tahan tip top. Kalau Chicken Kebab KRW6500. Tapi kalau Lamb Kebab KRW7000. Kalau kira duit Malaysia lah kan, hahahahaha.. RM22 kebawah je.. Okaylah tu... 


               Kitorang teruskan perjalanan kitorang untuk terakhir kedua ke mana agaknya???? Hohoho... Ke.... Seoul Tower!!!! Hurayyyy!! 

 
Siapa-siapa yang datang sini, benda korang kena tuju tempat ni.

               Jujur aku cakap, tempat macam ni memang tenang, nyaman dan cantik gila. Tapi yang sedihnya.... Aku tak dapat naik tower tu nak ambil gambar semua tu... Wuaaaaa *nangis*. Tapi tak apalah, ambil gambar kat bawah ni pun dah gempak gila HAHAHAHAHA..

Nak balik dahh ~ Huhuhu..
Akhirnya... dapat jugak ambil gambar dengan ayah..

               Dah habis jalan-jalan kat Seoul Tower, kitorang pun chaw dari situ.. 
               Kitorang teruskan destinasi terakhir kitorang ke mana lagi kalau tempat shopping.. Hmmmm... Tapi ni macam kat Jalan Tar punya tempat. Lebih kurang macam tulah.. Huhuhu.. Tak silap aku, nama tempat tu Dongdaemun Market kut.. 


               Boleh dikatakan agak lama lah jugak Joy bagi kitorang free time untuk bebas nak beli-belah sana sini. Barang dia kebanyakkannya tak adalah ori punya. Aku beli satu seluar ni lebih kurang 10000 won jer. Kalau kira duit Malaysia RM40 tau.. Okaylah tu. Nak beli kat kedai atau online shop pun takleh dapat harga ni.. Entah-entah lagi mahal kut.. 
               Macam-macam aku dengan ibu ayah beli. Ibu ayah beli baju dengan seluar nike sepasang. Harga dia mula-mula tu, pak dia... mahal nak mati kau tau? Ayah siap debat dengan orang tu nak minta harga murah. Mula-mula harga dia 50 ribu won. Lepastu ayah mintak murah lagi. Dia bagi 45 ribu untuk satu set pakaian nike, ayah minta lagi turun. Kali ni harga dia, fuhhhh memang puas hati.. 75 ribu won untuk baju seluar 2 set nike. Dan macam-macam lagilah kitorang tengok sana-sini kat kawasan tu.. Dongdaemun Market tempat dia memang bersih-bersih, tak ada sampah sana sini kat situ.. Nyaman je bila tengok.. Wehh.. bukan senang tau aku nak puji tempat-tempat macam tu.. Hehehe... 
               Lepas pukul 4 petang tu, kitorang pun pergi tempat yang di arahkan Joy untuk berkumpul. Dah sampai je kat tempat tu, kitorang pun jumpa dengan Joy. Dia cakap, shopping sakan kitorang sampai beg plastik kiri kanan time tu hahahaha.. Masa tu pulak aku nak pergi tandas. Haihh.. potong! Joy kata, kalau nak pergi tandas, masuk jer bangunan sebelah ni, aku dengan mak ayah aku pun masuklah lah situ, sekali daaa... Cantik woiii barang-barang dia.. Tapi sayang.. hmm mahal.. Gigit jari je aku mampu tengok xD. Hahahaha.. Dah settle pergi tandas, aku ajak ibu ayah tengok jap satu kasut ni. Memang cun.. Nak je aku beli, tapi.. kulit... hmm faham-faham jelah ye kawan-kawan.. Waktu nak keluar tu, aku nampak satu cawan cantik ni. KRW7000. Memang aku tercari-cari kat Malaysia, tak jumpa.. Geram pulak aku.. Aku beli jelah. Nampak nice pulak tu.. 
                Dah puas jalan-jalan satu hari untuk kali terakhir yang asyik bershopping je kerjanya, kitorang pun makan malam. Dah makan malam, kitorang pun balik hotel... Tapi kali ini, balik awallah, der. Semua nampak penat je aku tengok... Dah sampai bilik hotel, benda pertama aku buat, nak kemas beg untuk balik KL esoknya. Penuh beg aku dengan macam-macam barang. Beg ibu ayah? Hahahaha. Jangan tanyalah.. Penuh! Sampai beg aku kecik tu pun kena sumbat sekali. Sumbat makanan lebih lah ~ Settle kemas semua barang, aku pun bersihkan diri then nak rehat. Ingatkan lepas mandi, boleh lah aku usya internet kejap sebelum nak tidur, tapi memang mangkuk hayun betul jadinya.. Orang tu tutup wifi pulak. Potong line betul. Jadi, the best thing ever aku buat malam tu, aku baca novel. Yeayyyy!! Hahaha.. 
                Hari Kelima. 
                Wuaaaaaa.... nak balik Malaysia dah.. Sedihnya wehhhh *nangis* *tutup mata guna lengan kanan* 
                5.00 pagi dah tercongok depan pintu bilik sebab nak tunggu turn ibu aku habis mandi. Dah lah kali ni, air dia sejuk lain macam walaupun dah buka air panas. Haihh.. Dah siap-siap pakai-pakaian semua tu, kita minum air susu strawberi dulu. Dan... gerak lah apa lagi. 

Kusyuk sangat makan Udon. Sup dia meletop gila! Sup rumpai laut.

                6.50 pagi. Sarapan dulu. Yeayyy! Makan Udon.. Favourite aku, sup rumpai laut. Ada rasa manis masin kat sup dia. Mee dia aku tak leh ngam sebab susah nak makan..
                Lepas sarapan, kitorang singgah kedai bawah. Banyak jenis rumpai laut dia. Macam-macam snack kat situ. Tapi tak beli apa-apa pun. Kitorang singgah kedai bawah lagi.. Tapi, kali ni kedai bawah tu lagi besar. Ada beg, kasut, baju tradisional korea, barang dapur, barang kecantikan dan macam-macam lagi.. 

Ambil gambar dulu. Terakhir di Korea.

               Flight kitorang pukul 10.00 pagi kena masuk dah. Sampai kat KL, maybe around 5.00 p.m. like that. Macam-macam kena settle before boarding pass. First of all, check-in bag. Then, ambil cek untuk tukar kepada duit. Yelah, kan kat Korea tak ada cukai, that's way kitorang perlu dapat duit balik. Hehehe..  


                Okey, sebelum aku akhiri cerita sepanjang aku kat Korea, aku nak kenalkan ni lah Joy. Pemandu pelancong kitorang sepanjang perjalanan kat Korea yang cantik ni. Aku hargai segala pertolongan dia. Dari mula kitorang sampai Korea. Banyak dia tolong kitorang. Dia asyik ceritakan tentang bandar yang cantik ni. Macam mana nak tawar menawar. Masa kat Masjid besar dia tolong kitorang cari tempat bahagian perempuan nak solat. Sanggup dia pusing satu masjid tu semata-mata nak tolong carikan bahagian solat perempuan. Macam-macam lagilah. Too much appreciate.. Thanks all of the effort for the helping us.. 
                Okey, dah masuk kat dalam tempat tu, kitorang pun dah terpisah dengan Joy. Wuaaa... Dan kitorang buat hal masing-masing hinggalah sampai Malaysia ~ Wuuuuuu ~ Tapi, sebelum kitorang mendarat ke Malaysia, aku sempat lagi tangkap gambar kat luar tingkap..


               Okey, barang-barang yang aku beli kat sana tak banyak. Jemput tengok. Hiks.

Dream Catcher 8000 won

 IOPE untuk 1 kotak, 40 ribu won. Tapi diskaun 20% harga dia jadinya 32 ribu won untuk satu. Jadi, semuanya 64 ribu won.. Jimat duit aku. Yang kotak pink tu, magical cushion from Etude House. 1 kotak dia tak silap aku, 25 ribu won. Jadi, semuanya 50 ribu won. Yeayyy... Mahal sikit hahaha.. Lips mask, harga dia 7500 won. Dalam bekas tu ada 10 patch. Yang lain tu, dapat free gift. Hohoho..


               Tag nama Jong Kook & Ji Hyo 8 ribu won untuk satu. Baju I Love Korea 5 ribu won. Chopstick 3 ribu won untuk satu kotak. Keychain 10 ribu won. Dia ada 10 keychain. Maknanya satu tu 1 ribu won. Baju Running Man 12 ribu won.

Cawan yang harganya 7500 won. Hohoho..

               Okey, itu saja cerita tentang cuti sekolah aku kat Korea. Kalau ada yang tak menyenangkan sepanjang korang baca cerita aku ni, aku nak minta maaf ye? If you guys have anything want to ask me, leave your comments on my chatbox okay? And, welcome back to school guys!! Hehehe.. Bye, see you on the next update, okay?. Wasalam....